Sunday, May 17, 2009

Selsema Babi

Dulu dunia terketar2 disapa dek selsema burung. Habis beribu2 reban ayam & itik jadi korban untuk mengelakkan wabak selsema burung menular dan membunuh lebih ramai manusia. Apa daya manusia untuk menentang wabak jangkitan yang diturunkan oleh Tuhan.

Sefahaman aku sampai bila2pun manusia akan berperang dgn virus kerana virus susah hendak dihapuskan dan ia sentiasa bermutasi untuk terus hidup dan mengganggu manusia.

Setinggi manapun kecanggihan manusia akan kecapi, memiliki senjata moden, keselamatan terkini namun musuh manusia sebenar hanya makhluk yang kecik je. Bukannya Alien dari planet lain (karut Hollywood).

Sekarang dah tiba giliran selsema babi atau swine flu atau Menteri Kesihatan wartakan panggil penyakit tu A (H1N1). Walau apa pun nama dia. Aku lebih senang sebut selsema babi. TV3 pun sehari je sebut selsema Khinzir, pastu dh jadi selsema babi plak...

Ada kawan aku tanya kalo kena selsema babi kena samak tak?...aku ckp ko kenaselsema babi dlu bpastu kalo panjang umo ko kita pikir kemudian nak samak ke tak..

Setahu aku wabak ni disebarkan manusia. Pasal hukum kena samak tu aku no komen.

Kalo korang cium babi camni kompom kena samak...hahahaha...


Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit.

Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

Renung-renungkan :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl Ayat 115

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.


Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

2 comments:

Search Engine Submission - AddMe