Friday, April 24, 2009

Nak Bosan ke Nak Pening Kepala Ke Nak Tido

NAK BOSAN

AKU RASA AKU JARANG KOT NAK RASA BOSAN COZ AKU NI KUAT BERANGAN. ASAL FREE JE AKU MESTI BERANGAN. ASAL BERANGAN JE AKU MESTI FREE. KEKADANG X TIDO MLM LA SBB ASYIK BERANGAN JER..
APA LA NAK JADI


NAK PENING KEPALA

BUKAN PENING KEPALA SEBAB SAKIT. TAPI PENING KEPALA SEBAB MASALAH. BILA ADA MASALAH PLAK AKU BIASANYA JADI PENDIAM SKET. KURANG CKP. SEBAB KEPALA AKU TENGAH LIGAT BERPIKIR. MACAM AIR YG PENUH TGH BERPUSING2 NAK KUAR IKUT LUBANG SINGKI. KADANGKALA ATAU SERINGKALI AKU SEMPAT LAGI BERANGAN MASA TGH PIKIR MASALAH.
YE AKU MMG KUAT BERANGAN.







NAK TIDO

NAK TIDO. TAK BOLEH LA SELALU. ABEH KALO TIDO JE REZEKI PUN KURANG. KEKADANG BILA TSUNAMI MASALAH MELANDA TIDO LA FAVOURITE OPTION AKU. PELUK BANTAL BARING ATAS TILAM SPRING. TAMBAH PULAK BILIK AKU MMG KURANG KASIH SYG DARI CAHAYA MATAHARI. SILAP HARIBULAN TENGAHARI PUN AKU SANGKA TGH MLM. TGK BABY KAT ATAS TU. AKU RASA DIA TENGAH MIMPI KENTUT TU


korang klik la kotak kat bwh ni...korang akan tau dgn lebih terperinci....

MSMv3 - Buat Duit Dengan Myspace & Friendster :: 300x250

Tuesday, April 21, 2009

Minyak Masak dah jadi Minyak Hitam

Recently, aku ada terima email tentang kegunaan minyak hitam enjin yang digantikan oleh minyak masak. Dgr cerita, kat negeri sembilan mmg popular sgt ttg ni. Safe ke tak safe tu aku rasa tanggung sendiri kot..hihihihi...



Ikut pengetahuan aku la..minyak masak ni kalo suhu sejuk sket dia akan beku..kalo korang x caya korang amik minyak masak tu letak lam peti sejuk...peti sejuk bwh pun xpe..


So, bygkan la time minyak tu beku korang start enjin..mau melambung piston terkeluar dr enjin...hehehehehe...



korang baca email yg telah dihantar oleh pengguna minyak masak lam enjin kete...




Berikut adalah email yang dihantar:


Salam sejahtera dari saya sahabat baru semua,







Saya dah mula menggunakan minyak masak kelapa sawit hampir seminggu. saya menggunakan proton wira 1.5 auto. alhamdulillah berkesan. di sini saya huraikan kelebihan dan kelemahan minyak kelapa sawit sebagai minyak enjin.

Kelebihan:

1.enjin jadi smooth gegila2. kelajuan kereta berbeza bila di atas jalan, tak sedar tekan 100km sejam, kalau idak atas highway tekan 110km sejam, enjin kereta saya mula mengeluarkan bunyi yg agak kuat cam pakai turbo..walhal standard ja. tetapi bila pakai minyak kelapa sawit,enijn jadi sepi.

2.penjimatan minyak yang ketara, saya bergerak hampir 120km, hanya dengan menggunakan minyak petrol sebanyak RM10.tu pon saya guna minyak BHP.




Kelemahan:

1. minyak kelapa sawit hanya 90% di dalam enjin dan tetap kena tambah 10% minyak enjin kereta (beli yg botoi kecik kat ESSO), saya cuba biarkan enjin kereta tidak di matikan selama 1jam 30 minit, mula membuat enjin kereta semput.tetapi setelah di atas jalan ia kembali normal.

2. susah cina kat bengkel nak percaya bila kita pi tukar minyak ni, mula banyak soalan..penat nak menjawab..akakakkekekkaakkek

Itu sahaja saya nak kongsi pengalaman.Antara kenderaan yang saya dah test:::


kereta:
proton wira auto dan manual
kancil
satria
proton saga
evanza 1.3
datsun lama

Motorsikal:
honda cup 70
ex5
kriss
RXZ

Itu sahaja..sekian..wassalam

Sebarang persoalan leh email dekat email saya : aiztech@streamyx.com-amin: alor setar





Relax je bro ni tuang minyak masak

TANYA PADA PAKAR::

Tadi aku baru tanya kawan lama aku...dia ni engineer petronas..dia kata..mmg boleh pakai minyak masak utk enjin...tapi wat he concern about is about the temperature..minyak masak ni ada masalah dgn suhu shj...bila sejuk akan beku...bila panas plak..akan ada terbentuk taik minyak...but please do remember...enjin kita akan hasilkan carbon deposit & sludge..so benda2 ni la yg jadi faktor pembentukan taik minyak tu..akhirnya enjin akan jadi tersumbat....nak bygkan situasi ni senang je..

Korang panaskan minyak dlm kuali pada api paling besar. For sure api paling besar kat dapur kita still x bole compare dgn suhu dlm kebuk pembakaran dlm enjin kerana suhu dia lagi panas..so bila minyak dah panas dan berasap...korang akan perasan sedikit atau byk benda akan wujud..cam hitam2 sket...benda ni la carbon..

Enjin kereta kita mmg dah ada carbon..kalo tukar minyak hitam pun...isi yg baru..run enjin...pastu kuarkan balik minyak tu..still minyak yg kuning tadi jadi gelap sikit...sebab sisa-sisa carbon yg tinggal...tu belum lagi kira berapa byk sludge yg melekat lam enjin...

So bila korang pakai minyak masak + carbon + slugde = taik minyak.

Byk perkara lagi yg perlu kita pertimbangkan...kalo aku nak citer kat sini takut korang pening plak..huhuhu..(x pasal2 aku pun ikut pening..hihihihi)

cthnya:

Viscosity, keasidan dan sebagainya...


So, korang nilai sendiri la cara penggunaan kenderaan korang...kalo sesuai..mmg korang jimat byk sgt2 duit korang...kching....kching...

Good Luck..

korang klik la kotak kat bwh ni...korang akan tau dgn lebih terperinci....

MSMv3 - Buat Duit Dengan Myspace & Friendster :: 300x250

Saturday, April 18, 2009

Pelancaran Proton Exora


Proton Exora baru dilancarkan oleh PM baru kita Datuk Seri Najib Abdul Razak...aku tgk berpusu-pusu org pegi showroom...nampak kelibat MPV baru ke sana-sini org dok test drive..

Aku plak blom ada masa lagi nak p jengok...lalu kat tepi showroom aku intai2 gak tgk dari jauh...boleh tahan..




Aku ingat MPV ni besar kedabak tinggi cam Toyota Innova atau Avanza..


Rupa-rupanya saiz mcm Toyota Wish @ Honda Stream...tapi yg lainnya Exora ni MPV 7-seater..



Enjin 1.6 CPS dgn 125Hp/6500rpm & tork 150Nm/4,500rpm.




Pada sapa yg minat harga atas jln bermula dari RM69,998 - RM75,998 (hanya 2 varian buat masa ni medium -line & high-line - kedua-duanya gear auto).



Seperti biasa Proton akan mengeluarkan model-model baru menggunakan platform yg sama. Which mean..kerangka @ Platform exora akan dikongsi oleh model2 baru..

Memandang kos R&D dan kos-kos sampingan yg lain agak tinggi maka tak heran la kalo Proton sentiasa perlu mengambil langkah cam ni...



Model yg bakal menggunakan platform tersebut adalah sebuah van, pickup & Proton Pesona baru.



Van

Pickup


Proton Pesona Baru





korang klik la kotak kat bwh ni...korang akan tau dgn lebih terperinci....

MSMv3 - Buat Duit Dengan Myspace & Friendster :: 300x250

Sunday, April 12, 2009

Fraser's Hill


Fraser's Hill ataupun dlm bahasa Melayu Bukit Fraser. Sentiasa dlm ingatan aku sbb masa aku kecik2 parent aku bwk aku p sana. Masih terngiang2 dlm ingatan aku, masa tu boleh la dikatakan perjalananan adventure dlm hidup aku yg pertama. Aku dn family dlm perjalanan ke Pahang (umah pak long) Felda Bukit Damar. Masa tu mana ada lagi Highway Plus so kitorang ikut la jln lama. Memang jauh sgt2.
Singgah merata tempat. Bila sampai je ke Hulu Selangor bapak aku deside tuk ikut laluan ke Fraser's Hill. MMg hepi sgt2.
Naik je kawasan bukit abah trus tutup aircond. Buka tingkap. Mmg dingin gila. Aku rasa lagi sejuk dari aircond. aku ngan siblings aku mula la kuarkan kepala ikut tingkap. Hehe..budak2...mmg syok gila la..
Abah ckp skang ni dah tengahari. Mmg aku kagum coz kat umah time camni mmg hangit la muka kalo kena matahari. Tapi kat sini cam awal pagi plak. Punya la sejuk (masa tu tahun 80-an). Kitorang naik kejap je. Sampai menara jam pusing turun balik. Then trus turun nak ke umah pak long plak. Nak ikutkan byk lagi adventure sepanjang perjalanan tu..tapi nti off topic plak..
So, bila dah besar ni aku mmg teringat2 je nak ke Fraser' Hill lagi...
Tup..tup tetiba je dah tergerak hati aku nak ke sana bln Feb lepas...
Asalnya aku nak pi ziarah umah kwn aku kat Bukit Beruntung, yela dia baru kawen...bole la kenal2 dgn org rumah dia..tambahkan ikatan silaturrahim...kan pahala tu...kita semuakan sedara cucu cicit nabi Adam..
Tapi tetiba dia kata dia keje plak...aku plak dah on da way...dah separuh jln kat Highway Guthrie aku malas la nk patah balik. Tetiba terpikir plak pasal Fraser's Hill..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..aku pun trus ke Hulu Selangor..
Dlm perjalanan ke Fraser' Hill aku singgah jap kat Empangan Selangor, Hulu Selangor.Memang best tempat ni cantik sgt2..aku berenti lepak jap..aku suka tempat yg berlubang kat belakang tu..



"Ye! pelakon tambahan amat diperlukn...sila isi borang masing2"

Actually aku ditemani oleh gadis manis. Intan namanya.


Dah hilang penat lelah dgn usha pemandangan yg cantik..aku teruskan perjalanan...sampai je kat junction nak ke Fraser's Hill tu kerana beratur plak..sebabnya nak naik @ turun kena ikut jadual masa dia coz jln naik dan turun sehala je...masa tu aku kena tggu sampai kul 1 ptg...nyaman je rasa even x sampai lagi pun ke puncak...

Tempat kul 1 ptg aku bergegas ke kereta..start enjin...trus jln...masa mendaki mmg best..x payah buka aircond..dingin je rasa...udara bersih...x mcm Kl...berabuk..

X lama pastu sampai la aku ke Menara Jam...ada org edarkan map kat tepi jalan..dpt map free..




so aku pun pusing2 jap cam lalat cari mkn x jumpa...aku benti kat Menara Jam tu..



......Snap...snap.....


Lepak jap..penat weh drive..


aku sesat ni(x tau nak g mana sebenarnya)..tapi leh senyum lagi..


Ada warung gak kat Fraser's Hill..dekat je ngan padang golf..leh la pekena teh tarik ngan nasi lemak..harga memang berpaututan...x mahal...tapi for sure nasi lemak dia mmg bukan taste aku..sgt..sgt..sgt..sgt...x sedap...


Tak sangka plak aku kat sini ada air terjun gak...Air Terjun Jeriau..tapi bila drive ke air terjun kena hati2...jumpa je corner kena hon coz kat sini jln dah jadi 2 hala...sempit lak tu...so hati2..
Ni dia air terjun tu..nampak je rendah tapi sebenarnya aku kat atas air terjun tu...tinggi tu....kurang2 aku ingat 15 meter kot..lupa plak aku nak bwk tali tape ukur hehehe...




korang klik la kotak kat bwh ni...korang akan tau dgn lebih terperinci....

MSMv3 - Buat Duit Dengan Myspace & Friendster :: 300x250

Wednesday, April 8, 2009

Boroi Beb

Some of us boroi sejak azali lalu lekat nama Boroy... some terpaksa memboroikan diri untuk pura2 bahagia???

SAYA ada membaca satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga.

Sila baca....

Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat bahagia hidup berumah tangga dengan saya? ISTERI BAHAGIA, Hulu Langat.

JAWAPAN:

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga. Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram.

Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.

Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas.

Itu Hakikat! Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.

Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi.

Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga. Persepsi lelaki dan wanita cukup berbeza. 97% suami mula jemu atau mengelak untuk mengadakan aktiviti seks bersama isteri mereka apabila wanita itu mula gemuk, semakin tidak terurus, kurang perhatian kepada suami, melebihkan anak-anak dan apabila si siteri tidak lagi menitik beratkan penampilan. 97% kes penceraian datangnya dari masalah isteri yang sebegini.

Jadi awas dengan penampilan anda. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami semakin bulat atau perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.

Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Oleh itu pada zaman dahulu kala hampir 77% wanita yang berkahwin memakai susuk untuk memastikan suami mereka akan terus setia dan tidak berkahwin lain. Lihat sahaja potongan pinggang mereka yang digelar pinggang kerengga, buah dada yang munggil dipadankan dengan kebaya ketat, punggung yang padat dan bersanggul tinggi, bagi mereka itulah kekuatan seorang perempuan.

Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang telah anda baca pada artikel berkenaan.

Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.

korang klik la kotak kat bwh ni...korang akan tau dgn lebih terperinci....

MSMv3 - Buat Duit Dengan Myspace & Friendster :: 300x250
Search Engine Submission - AddMe