Thursday, November 19, 2009

Kusut musut semut

Dah dekat dah detik-detik aku nak ketar2 akad nikah ni...makin byk lak keja nak wat..itu ini...hantaran..hiasan hantaran...rumah sewa..perabot..barang dapur..pindah brg ke rumah baru.....kerja-kerja kat opis...byknya hal...

satu je benda yg boleh neutral kan benda ni wat sementara...CUTI..yep..cuti ada l;ah penyembuh pelbagai masalah dan sakit..
kalo x caya cuba cuti masa sakit pale...blom asmpai depan pintu umah sakit pale dah ilang...sebab pintu umah dah tukar jadi pintu panggung wayang GSC di Mid Valley

Wednesday, September 9, 2009

Clubbing make-up

Cara-cara nak make-up...muka x lawa terus jadi lawa...

klik sini

http://www.youtube.com/watch?v=-joBOHlg5J0

Thursday, September 3, 2009

Secebis Kasih Sayang

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang…!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentukkupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
''Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya..
"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi…aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."
''Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Sunday, August 16, 2009

Panduan Ramadhan

Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
Kelebihan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Kelebihan berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka.

Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun

Akhlaq sewaktu berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata:
Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)


Kelebihan bersahur

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya

Kelebihan menyegerakan berbuka

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa

Kelebihan Sembahyang Tarawih dalam bulan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan

Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Beri’tikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan

Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain

Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah

Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub

Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa

Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa


KELEBIHAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul
Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

"Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air
daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’".

Sunday, August 9, 2009

NEXT ENTRY

Hi...dah lama aku x post entry baru..
quite bz la...dgn tugas baru...
mcm2 pikir...nak wat itu nak wat ini..
sampai terabai la blog kesayangan aku ni..
ermm...
ujung tahun ni plak aku nak melangkah ke alam kehidupan baru...melangkah ke tahun baru sudah pasti...terlihat ambang 2010 dah hampir..aku doakan semoga hidup aku nanti bertunaskan kebahagian yg abadi...amin...
Ramadhan pula hanya menanti gilir...persediaan aku hanya satu..mencari kebahagian di bulan yg mulia ini...tiada makna bertungkus lumus beribadat tapi terasa kosong dijiwa....bagi aku biar aku bahagia melaksanakan ibadat dari aku melakukan ibadat hanya kerana terpaksa oleh sesuatu...
sungguh aku xde la terasa yg puasa ni burden bagi diri aku...terkadang terdetik dihati, letih..penat...dsbnya...

benda2 minor ni la aku nak singkir kan dari sudut jiwa aku bila berpuasa kelak...sebolehnya aku nak berpuasa sambil tersenyum...itu la bahagia yg ingin ku cari...

pada kwn2....jom niat puasa selepas sahur...

Doa Niat Puasa :

Nawaitu sauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa
Niat puasa boleh dibaca di dalam apa saja bahasa yang difahami oleh seseorang Muslim itu.

“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.


Selamat berpuasa semua…

Doa Buka Puasa :
Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Doa Buka Puasa Beramai-ramai :
Allahumma laka somna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharthina birahmatika ya arhamarrohimin







Ertinya:
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Sumber : Jabatan Mufti Negeri Selangor

Thursday, June 4, 2009

Jom Senyum

Mungkin abg2 dan akak2 agak stress pasal banyak kojo lepas tinggalkan opis yg agak lama.....
Disini ada sedikit cerita yg mungkin boleh buat u all sonyum sikit...

Susu : Kata ayam pada lembu : Manusia itu kejam, Aku makan beras sikit aja dah diusir !! Kata lembu : Elo.. tu masih dikira baik, tetekku tiap hari diraba-raba, diramas-ramas, dipicit-picit, tapi kawinnya tidak!!!

Cium : Mau mesra cium bibir, Mau enak cium dekat dada, Mau nikmat cium di bawah pusat, Mau lebih panas ? Turun Lagi Lebih ke Bawah... ..Cium Tuh Tar Jalan Raya !!!

Tertipu : Jika kau jadi bunga aku rela jadi kupu-kupu. Jika kau siang, aku rela jadi matahari Jika kau samudera aku rela jadi ikan
Jika kau jadi monyet, aku RELA, SUNGGUH, SUMPAH AKU RELA !!! SWEARRR...

Bercumbu : Minah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang berprofesi sebagai petani.

Suatu senja, ketika tengah jalan2 dan menikmati pemandangan desa, mereka melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan... ..

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, " Rasanya saya jadi ingin juga melakukannya, " sambil memandang Minah mesra. "Silakan saja," balas Minah " kan kerbau2 tu milikmu."

Nak Kena Sumbat : Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah .... .. Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya .. dan berkecipak-cipuk bermain dengan air ... . dari jarak kejauhan datanglah seorang Nyah berjalan dan mendekat, mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi ... si Nyah menikmatinya ... . dan ... OOOPPPS !!!! si Nyah memijak ranting ... "KKKRRRIIIIIEEEEK" si lelaki terperenjat !!! Lelaki : SIAPA TU??

Nyah : ( diam saja ... takut ketahuan )... . kerana tidak ada yang menjawab si Lelaki melanjutkan mandinya, tetapi si Nyah kemalangan, dia jatuh terpeleset , "GUUUBRAAK"
Lelaki : SIAPA LAGI TU? CEPAT NGAKU!!!! KALO TAK... NANTI KALO WA DAPAT... .. WA SUMBAT PAKAI BARANG WA NI!!!! Nyah : ( girang ... dan menampakan mukanya sambil bergaya seperti biasanya seorang Nyah ) ... . JANJI YA ... ..!!!!!!! KES TAK BERTEGUR SAPA Terj adi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat idea..lalu dia tulis satu nota "KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK"

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpala nota "BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI"

Muntah Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya. "Mama," kata gadis kecil itu.. "Bolehkan kita balik sekarang?" "Tidak," jawab ibunya. "Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu. "Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas... " Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya. "Sudah selesai?" tanya ibunya. "Ya." "cepatnya?" "Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung.. "Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT


"SAYANGI DIRI SAUDARA SUPAYA SAUDARA MAMPU MENYAYANGI NEGARA, KELUARGA DAN ORGANISASI SAUDARA SEPENUHNYA"

MIMPI NABI MUHAMMAD SAW .

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan sebelum aku di Israqkan".

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA .

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas..

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku .

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Hargailah isteri anda....

Mulianya seorang isteri di sisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah para suami yang tidak tahu menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah seburuk mana isteri anda, sayangilah mereka, didiklah mereka..

Alangkah beruntungnya seorang wanita yang ada rahim kerana dia bekerja untuk Allah swt .. jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..Dan bagi Si suami janganlah berebut dengan anak untuk menyusu pulak… Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Tapi bila dah habis cuti tu... layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat dee kkk jeee,

Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Alah ke atasnya jua....

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung
ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain .. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
” Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was
made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. “
"Wahai Tuhan... aku tidak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu....kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah... jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat islam yang
masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah',
kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" sebanyak mungkin.
Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini.

Wednesday, June 3, 2009

Stadium Terengganu

Today the government has discovered how the Terengganu Stadium collapses.









This is the cause.....



















Thursday, May 21, 2009

IQ Test....







Here is a Puzzle for you...


Imagine you are in Africa. You have been tied hanging on a tree with a rope anchored on the ground, a candle is slowly burning the rope, and the lion is waiting for you to drop and be his lunch.

Your survival hingers on the rope staying intact, there is no one around to help you. What to do now.........................................


























think before scroll down for answer....





















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Sing a Happy Birthday song.



Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari MAK/IBU

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon.....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang..
aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Search Engine Submission - AddMe